Newcastle lebur kejayaan Sheffield

SHEFFIELD, ENGLAND, 6 DIS – Newcastle mengakhiri kejayaan Sheffield United dengan tujuh perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0, kelmarin dengan dibantu oleh keputusan VAR yang dipertikaikan.

Newcastle memimpin perlawanan di minit ke-15 melalui tandukan Allan Saint-Maximin, sebelum Jonjo Shelvey menambah jaringan kedua di pertengahan pemain di separuh masa kedua.

Gerakan pemain pertahanan Newcastle dihentikan selepas penjaga garisan mengangkat bendera semasa pemain itu dilihat berada di kedudukan offside ketika Andy Carroll menghantar bola ke arah Shelvey. Bagaimanapun, pengadil memberikan isyarat untuk meneruskan permainan dan pemain tengah itu melakukan tendangan ke gawang sekali gus meledakkan gol, tetapi penjaga gol Sheffield United, Dean Henderson melakukan bantahan terhadap gol tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil daripada tontonan kembali rakaman video menunjukkan Carroll berada di dalam kawasan dan gol tersebut telah disahkan oleh pengadil.

Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama tuan rumah di laman sendiri sejak tewas ketika berdepan dengan Liverpool pada September lepas.

Kemenangan ini membawa Newcastle berkongsi mata bersama Sheffield dengan mencatatkan 19 mata dan berada di tengah-tengah kedudukan Liga Perdana Inggeris. – AP

Aksi Allan Saint-Maximin meninggalkan pemain Sheffield United semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane di Sheffield, England. – AP