Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Newcastle leburkan impian Liga Juara-Juara Arsenal

    NEWCASTLE, UNITED KINGDOM, 17 MEI – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengecam pasukannya kerana tidak memanfaatkan kerja keras mereka sepanjang semusim semasa kekalahan 2-0 di Newcastle kelmarin.

    Kekalahan itu juga menyebabkan The Gunners bakal terlepas bermain di Liga Juara-Juara untuk musim kali keenam berturut-turut.

    Spurs pula kini secara realistiknya hanya memerlukan keputusan seri di tempat lawan kepada Norwich yang sudah tersingkir pada Ahad lalu untuk memastikan kedudukan empat teratas hasil perbezaan jaringan yang besar.

    Kekalahan Arsenal juga menjamin tempat ketiga Chelsea untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

    Gol sendiri Arsenal menerusi Ben White dan gol lewat dari Bruno Guimaraes memisahkan antara kedua-dua pasukan.

    Persembahan yang ditampilkan dari Newcastle lebih mengagumkan apabila anak buah Eddie Howe mempamerkan corak permainan yang mampu mencabar kedudukan tempat empat teratas pada musim depan.

    “Malam yang sangat sukar untuk dihadapi,” kata Arteta. “Newcastle berhak menang dengan selesa. Mereka jauh lebih baik dari minit pertama, kami tiada apa-apa yang dapat dibanggakan dalam permainan,” tambah Arteta.

    Anak-anak buah Arteta masih dapat mengubah nasib mereka dengan baki tiga perlawanan ketika mereka mendahului Spurs empat mata.

    Walau bagaimanapun, kemenangan derbi Tottenham 3-0 pada Khamis lalu telah meningkatkan tekanan kepada Gunners yang gagal untuk memberi tindak balas. – AFP

    Aksi pemain Arsenal, Eddie Nketiah (kiri) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...