LONDON, 5 FEB – Newcastle berjaya mara ke pusingan kelima Piala FA untuk kali pertama sejak tahun 2006 selepas kemenangan 3-2 yang cukup dramatik menentang pasukan divisyen tiga Oxford.
Setelah keputusan seri 0-0 di Stadium St James‘ Park dalam perlawanan awal, Steve Bruce mengabaikan trend kelab Liga Perdana Inggeris yang lain kerana membuat perubahan formasi dalam Piala FA ketika dia menghantar barisan Newcastle yang kuat.
Sean Longstaff membuka jaringan pertama buat Newcastle dengan rembatan hebat dari tepi padang pada minit ke-16.
Penyerang Newcastle, Joelinton turut menjaringkan gol pada minit ke-30, mengubah hantaran bola dari Longstaff untuk gol ketiga buatnya sejak perpindahannya dari Hoffenheim tahun lalu.
Tetapi Liam Kelly mendapat sepakan percuma dengan tendangan bebas pada minit ke-84 sebelum Nathan Holland menyamakan kedudukan dengan gol di masa kecederaan.
Allan Saint-Maximin menjadi wira menyelamatkan Newcastle dengan serangan empat minit di hujung masa tambahan untuk meraih ke pusingan seterusnya menentang West Bromwich Albion pada perlawanan 16 terakhir.
Sementara pada perlawanan berasingan, Wayne Rooney akan bertembung dengan bekas kelabnya, Manchester United. Sekarang beliau bermain posisi tengah Derby yang memenangi kemenangan 4-2 ke atas Northampton di Pride Park. – AFP





























