Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Newcastle menang ‘tanpa’ Benitez

    SWANSEA, 11 Sept – Jamaal Lascelles memberikan kegembiraan kepada pengurus Newcastle United, Rafael Benitez dengan jaringan lewatnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Swansea City semalam.

    Benitez terpaksa terlepas kunjungan pasukannya ke Swansea sementara dia masih dalam pemulihan dari jangkitan.

    Pengurus berusia 57 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi menangani jangkitannya akibat pembedahan awal herbia dan gagal pulih tepat pada masanya untuk pergi bersama skuadnya.

    Tetapi ketidakhadiran Benitez tidak menjejaskan pemain Newcaste dan kapten Lascelles menaikkan semangat bekas pengurus Liverpool itu dengan tandukan kemenangan di saat-saat akhir Stadium Liberty.

    Kemenangan kedua Newcastle itu telah melonjakkan mereka ke pertengahan liga, memberikan Benitez harapan bahawa mereka mampu mengelakkan penyingkiran meskipun kurangnya pembelian kelas dunia sejak mereka dinaikkan musim lepas.

    Jamaal Lascelles (dua kanan) meraikan jaringannya ke atas Swansea City bagi memberikan kemenangan 1-0 buat Newcastle di Stadium Liberty. – AP

    Mereka bernasib baik untuk menamatkan perlawanan dengan 11 pemain selepas Matt Ritchie terlepas daripada dilayangkan kad merah kerana kaki tinggi hanya selepas setengah jam perlawanan ke atas Alfie Mawson, yang menyaksikan Sadio Mane dilayangkan kad merah untuk Liverpool di Manchester City Sabtu lalu.

    Penolong pengurus Newcastle, Francisco de Miguel Morena berkata: “Rafa mahu datang dan mahu melakukan semua yang termampu tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.

    “Dia aktif mengikuti perkembangan perlawanan dan berterusan berhubungan dengan kami di sepanjang perlawanan.

    Selepas perlawanan, Rafa menelefon kami dan mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana mereka melakukan tugas yang sangat baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda