Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Newcastle tak rasa ‘diburu’

    LONDON, 18 MEI – Pengurus Newcastle, Eddie Howe berkata dia tidak berasa seolah-olah pasukannya sedang ‘diburu’ ketika dia berusaha menafikan cabaran Liverpool untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

    The Magpies, yang berusaha untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam dua dekad, akan menanti kunjungan Brighton di St James’ Park hari ini.

    Pasukan Roberto De Zerbi, yang baru menang 3-0 di Arsenal, turut memburu tiket saingan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka.

    Newcastle kini berada di tangga ketiga, di belakang Manchester City dan Arsenal, namun berkongsi mata dengan Manchester United. Kedua-dua Newcastle dan United mempunyai baki tiga perlawanan.

    Liverpool kendalian Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata, setelah bermain lebih satu perlawanan, selepas kemenangan liga ketujuh berturut-turut mereka di Leicester pada Isnin lalu.

    Eddie Howe semasa akhir perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Leeds United dan Newcastle United di Elland Road di Leeds, England pada 13 Mei. – AP

    Howe berkata Newcastle hanya fokus kepada persiapan mere-ka sendiri dan menegaskan dia tidak memberi tumpuan kepada Liverpool.

    Kemenangan untuk Newcastle dalam dua perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri, menentang Brighton dan kemudian Leicester pada hari Isnin, akan menjamin satu tempat dalam Liga Juara-Juara.

    Pengurus Brighton, De Zerbi berkata dia hanya merasa risau kerana ramai pemain barisan kesebelasan utama terbaiknya mengalami kecederaan.

    Pemain Itali itu menggesa pemainnya untuk mengetepikan kegembiraan kemenangan di Arsenal dan menumpukan perhatian kepada peluang untuk mencipta sejarah dengan menempah satu tempat di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -