Nexen Tire untuk kereta elektrik pertama Kia

Oleh Syahmi Hassan

SEOUL , 15 SEPT – Nexen Tire, pengeluar tayar global terkemuka telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah dipilih untuk membekalkan peralatan asli untuk kereta elektrik pertama Kia, EV6.

Roadian GTX EV dan N’Fera Sport EV Nexen Tire akan digunakan pada EV6, model kenderaan elektrik pertama Kia yang berdasarkan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) Hyundai Motor Group.

EV6 mempunyai prestasi yang kuat melebihi 475km dengan sekali cas. Semasa menggunakan mod State of Charge (SOC), kereta tersebut boleh mengecas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 18 minit untuk pengecasan ultra cepat.

Roadian GTX EV, yang dipasang dalam ukuran 235/55R19 101H, merupakan tayar premium sepanjang musim yang memenuhi semua keperluan kenderaan elektrik dari segi keselamatan, ketahanan dan bunyi bising yang rendah.

N’Fera Sport EV, dipasang dalam ukuran 235/55R19 105V XL mampu meningkatkan kestabilan berkelajuan tinggi dan prestasi pengendalian dengan daya cengkaman dan brek maksimum pada permukaan basah dan kering.

Dua tayar kenderaan elektrik itu direka dan disesuaikan untuk memberikan ketahanan abrasion resistance yang lebih tinggi serta meminimumkan kebisingan dengan menggunakan sistem pengurangan kebisingan sekitar 5dB berbanding dengan produk yang ada. Nexen Tire sudah mula membekalkan OE untuk syarikat permulaan Soul EV dan US EV Kia Canoo.

Syarikat tersebut berhasrat untuk memperluas kehadiran globalnya dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pengembangan serta pelaburan dalam mobiliti.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Tyremart Brunei, pengedar sah untuk Nexen Tire.