Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nexo guna bahan api hidrogen

    LAS VEGAS, 9 Jan – Hyundai semalam mendedahkan kenderaan yang dijana dengan menggunakan bahan api hidrogen yang bertujuan untuk mempamerkan teknologi terbarunya, mengejutkan keseluruhan trend kenderaan elektrik yang kebanyakannya dihasilkan oleh pesaing pembuatan kereta.

    Pengeluar dari Korea Selatan itu menggunakan Pameran Pengguna Elektronik dengan memunculkan Nexo buat pertama kali iaitu sejenis kenderaan sport serba guna yang menggunakan arahan suara, kecerdasan buatan dan boleh diubah menjadi kereta autonomi.

    “Kami menggelarnya kenderaan serba guna masa hadapan,” beritahu naib presiden Hyundai Ki-Sang Lee.

    Hyundai berkata ia merancang untuk menjual Nexo di California pada hujung tahun ini, dalam satu pertaruhan hidrogen ketika ramai pesaing beralih ke arah kuasa bateri.

    Nexo, sebuah kenderaan berkuasa bahan api hidrogen dipamerkan semasa Pameran Pengguna Elektronik Antarabangsa di Las Vegas, semalam. – AFP

    Menurutnya lagi, syarikat telah menyelesaikan beberapa isu semasa pembinaan Nexo, termasuklah permulaan semasa cuaca sejuk yang melampau dan memperluaskan jarak sejauh 600 kilometer (375 batu).

    Walaupun sesetengah syarikat telah mempamerkan teknologi sel bahan api, cabaran termasuk kekurangan stesen hidrogen dan nisbah kecekapan tenaga yang rendah dalam menghasilkan bahan api. “Kami faham bahawa cabaran dan inovasi teknologi merupakan proses yang tidak pernah habis dan kami akan berterusan sehingga kita menyedari masyarakat mudah alih kepada kemudahan maksimum, sifar kemalangan dan tiada pelepasan,” menurut naib presiden Wong-chul Yang.

    Untuk menggalakkan usahanya dalam teknologi pandu sendiri, Hyundai telah menubuhkan kerjasama bersama Silicon Valley yang memulakan Aurora Innovation, diketuai oleh bekas eksekutif kereta Google Chris Urmson, yang muncul ketika acara media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda