Next kekalkan jenama Gap di UK

LONDON, 19 SEPT – Peruncit pakaian Britain Next mengumumkan satu perjanjian untuk mengekalkan jenama Gap di UK dan Ireland, di mana kumpulan Amerika Syarikat itu bakal menutup kedainya.

Gap akan menutup kesemua 81 kedai di negara Eropah selepas pandemik COVID-19 mendesak pengguna membeli-belah di internet.

Next, salah sebuah kedai dalam talian dan peruncit dalam talian terkemuka di Britain yang menjual pelbagai jenama, mengumumkan baru-baru ini satu usaha sama yang akan melihatnya menjual pakaian Gap di laman web kumpulan UK dan seluruh kedai di UK.

Next akan memiliki majoriti 51 peratus saham dalam perniagaan itu dan Gap baki selebihnya, menurut kenyataan. “Next berasa gembira dengan prospek menyokong Gap dalam peringkat pembangunan jenama terkenal mereka seterusnya di UK dan Ireland,” kata ketua eksekutif Next, Simon Wolfson dalam kenyataan.

Gap juga menjual kedainya di Perancis dan Itali, umum kumpulan itu baru-baru ini. – AFP