Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Nextacloud rai ulang tahun ke-8

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan SC.CO

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Sempena memperingati ulang tahunnya yang ke-8, Nextacloud Technologies telah menganjurkan hari penghargaan di Lily Room, Hotel Parkview, baru-baru ini.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Nextacloud, Awang Agus Muslim dalam ucapan perasmiannya menyentuh mengenai kekuatan di sebalik kejayaan Nextacloud.

    “Saya memulakan syarikat ini dengan hanya segelintir orang dan sumber yang sangat terhad dan satu-satunya modal yang saya gunakan untuk memulakan usaha ini hanyalah $25.

    “Bermula dari sana hingga hari ini, syarikat ini telah me-nempuh perjalanan yang penuh dengan evolusi,” kongsinya.

    Katanya lagi, “Di sebalik kejayaan syarikat ini adalah kerana kekuatan terbesarnya iaitu pekerjanya. Satu pasukan boleh melakukan yang terbaik hanya apabila ia bersatu.”

    Awang Agus menyampaikan anugerah kepada salah seorang pekerja pada majlis tersebut.
    Awang Agus, Dayang Amalina dan Awang Muhammad Syahnur Nizam memotong kek sempena meraikan ulang tahun syarikat ke-8 pada majlis yang diadakan di Lily Room, Hotel Parkview, baru-baru ini.

    Sementara itu, Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi Nextacloud Technologies, Dayang Amalina binti Ash’ari dalam ucapan ringkas mengenang kembali bagaimana syarikat itu bermula.

    “Nextacloud bermula dari kumpulan rakan-rakan yang mempunyai idea-idea dan teringin untuk membina sesuatu.

    “Kami bergelut menerokai cabaran dan perubahan tetapi kami tidak pernah berputus asa.

    “Kami percaya kepada syarikat, bahawa kami boleh mencapai sesuatu yang menakjubkan dan membuat perubahan, dan kami berjaya melakukannya,” ujarnya.

    Dayang Amalina turut melahirkan rasa penghargaan terhadap pekerja syarikat itu.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan upacara memotong kek oleh Awang Agus, Dayang Amalina dan Pengasas Bersama, Awang Muhammad Syahnur Nizam.

    Tujuh anugerah telah disampaikan sebagai penghargaan kepada pekerja telah lama berkhidmat dan prestasi yang cemerlang pada 2022 dan acara diakhiri dengan penyampaian cabutan bertuah untuk para tetamu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...