PARIS, 26 Feb – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery tetap optimistik bahawa Neymar akan cergas untuk berdepan Real Madrid dalam pertembungan genting Liga Juara-Juara selepas mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan 3-0 ke atas Marseille.
Neymar, pemain termahal dunia, diusung ketika perlawanan berbaki 10 minit di Parc des Princes ketika PSG melebarkan kelebihan mereka kepada 14 mata dalam Ligue 1.
“Pemeriksaan awal di bilik persalinan mendedahkan bahawa buku lalinya terseliuh. Kini kami akan melakukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengenal pasti sejauh mana ia terseliuh,” kata Emery, yang masa pasukannya akan berdepan Real di laman sendiri pada 7 Mac dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, di mana mereka perlu menterbalikkan defisit 3-1.
“Kami akan menunggu pemeriksaan itu, kami akan lebih optimistik. Jika saya dapat mengatakan (sama ada dia akan berdepan Real atau tidak) saya akan mengatakan ia kerana bersikap optimistik.
Kapten PSG, Thiago Silva memberitahu bahawa Neymar sudah mengalami buku lali bengkak.

“Saya bukan seorang doktor, tetapi saya tidak fikir dia beraksi lagi pertengahan minggu ini (ketika PSG berdepan Marseille sekali lagi dalam Piala Perancis). Dia perlu berehat.”
Jika tidak ia mungkin malam sempurna buat PSG, yang mana menyaksikan Kylian Mbappe menjadi penjaring termuda dalam ‘Classique’ Perancis.
Penyerang sensasi Uruguay, Edinson Cavani, juga tersenarai sebagai penjaring sementara Neymar memainkan peranan dalam satu lagi gol PSG.
Dengan Monaco seri 3-3 di Toulouse Sabtu lalu dan Lyon terpaksa berpuas hati selepas seri 1-1 di gelanggang sendiri dengan Saint-Etienne awal pagi Ahad, bermakna tidak satu pun pesaing terdekat PSG meraih kemenangan. – AFP