Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar cedera lagi dalam perlawanan kedua

    RIYADH, 5 NOV — Neymar mengalami satu lagi kecederaan kelmarin dalam perlawanan keduanya sejak kembali dari ketiadaan 12 bulan semasa Al-Hilal tewaskan Esteghlal 3-0 dalam Elit Liga Juara-Juara AFC.

    Pemain Brazil itu baru sahaja pulih daripada kecederaan ACL dan keluar dari bangku simpanan di Riyadh selepas 58 minit. Bagaimanapun, penyerang berusia 32 tahun itu terpaksa dikeluarkan ketika berbaki tiga minit, setelah meregangkan kakinya untuk merebut bola di dalam kawasan penalti.

    Neymar mempunyai masa untuk pulih sebelum perlawanan seterusnya, bagaimanapun, kerana dia tidak didaftarkan untuk perlawanan pasukan itu dalam Liga Pro Saudi dan perlawanan seterusnya dalam pertandingan AFC ialah pada 25 November.

    Aleksandar Mitrovic menjaringkan hatrik untuk Al-Hilal, juara Asia empat kali yang kini memenangi semua empat perlawanan di peringkat kumpulan.

    Al-Hilal kekal di tangga teratas kumpulan 12 pasukan, di mana lapan teratas akan mara ke Pusingan 16. Ia mengatasi pesaing Arab Saudi, Al-Ahli dengan perbezaan gol selepas pasukan dari Jeddah membelasah Al-Shorta dari Iraq 5-1 dengan bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. – AF

    Neymar melambai kepada peminat semasa sesi latihan di Cuiaba, Brazil pada Oktober 2023. Neymar mengalami kecederaan lagi dalam perlawanan Al-Hilal menewaskan Esteghlal dalam Elit Liga Juara-Juara AFC kelmarin.  – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda