Neymar cedera lagi

PARIS, 5 Dis – Paris Saint-Germain akan beraksi tanpa Neymar yang cedera ketika mereka dilihat mahu meneruskan rekod tanpa kalah dalam Ligue 1 musim ini pada kunjungan ke Strasbourg.

Pemain termahal dunia itu digantikan pada awal separuh masa kedua dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 di Bordeaux selepas mengalami kecederaan groin, masalah sama yang dialaminya ketika Brazil menentang Cameroon bulan lepas.

Neymar meletakkan PSG awal di depan tetapi juara bertahan itu menyaksikan rekod sempurna mereka dalam liga domestik selepas menang 14 perlawanan berturut-turut.

“Mengenai Neymar, ia hampir sama tetapi tidak terlalu serius,” kata jurulatih Thomas Tuchel pada satu sidang media semalam.

“Dia tidak dapat bermain menentang Strasbourg tetapi setelah itu ia sama seperti selepas rehat antarabangsa, dia direhatkan ketika menentang Toulouse tetapi kemudian bermain menentang Liverpool.”

Neymar telah menjaringkan 15 gol musim ini dan persembahannya dalam kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Liverpool minggu lepas merupakan antara aksi terbaiknya sejak berpindah ke Paris dari Baarcelona tahun lepas.

Tanpanya, Edinson Cavani diharap kembali dalam kesebelasan utama selepas diletakkan di bangku simpanan di Bordeaux, ketika PSG mahu membalas dendam atas kekalahan 2-1 di Strasbourg musim lepas. – AFP

Bintang PSG, Neymar kelihatannya menahan kesakitan ketika pasukannya menentang Bordeaux baru-baru ini. – AFP