Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Neymar jadi buah mulut di Brazil

RIO DE JANEIRO, 28 Julai – Populariti pemain ‘emas’ Brazil, Neymar (gambar) kini memuncak apabila berita perpindahannya menjadi topik debat nasional di negara kelahirannya.

Minggu ini, kapten Brazil itu membuktikan mengapa Paris Saint-Germain wajar membayar 222 juta euro untuk mendapatkan khidmatnya dari Barcelona.

Ketika spekulasi perpindahannya kian hangat, Neymar kekal tenang apabila menjulang Barcelona selepas jaringan tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 kelab Sepanyol itu ke atas Manchester United pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa, semalam.

Di kalangan pakar bola sepak, mereka berpandangan Neymar perlu meninggalkan Barcelona untuk lari daripada bayangan rakan sepasukannya dari Argentina, Lionel Messi dan perlu sasarkan kejayaan peribadi.

Peminat di Brazil melihat Neymar sebagai kunci kepada usaha negara itu untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam di Rusia tahun depan dan muncul sebagai penerima Ballon d’Or selepas Kaka pada 2007.

Menerusi satu tinjauan oleh Globoesporte.com, 75 peratus peminat menyokong Neymar meninggalkan Barcelona.

Dalam media Brazil, segala desas-desus membabitkan Neymar dibincangkan secara teliti dan statusnya sebagai ikon negara menjadikan berita perpindahannya sebagai isu nasional.

Jika di Argentina Messi dikritik kerana kurang komitmen terhadap skuad negara, Neymar pula sebaliknya dan sentiasa menghadirkan sesuatu kepada pasukan.

Ketika usianya baru 25 tahun, Neymar kini muncul penjaring keempat terbanyak dalam sejarah bola sepak Brazil dengan 52 gol dalam 77 penampilan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -