Neymar ‘kembali’ julang PSG

PARIS, 15 SEPT – Neymar menepis sorakan permusuhan ke atasnya apabila dia menandakan aksi kembalinya bersama Paris Saint-Germain dengan gol hebat di masa kecederaan awal pagi tadi, di mana kemudian dia menegaskan bahawa sudah tiba masanya melupakan saga perpindahannya ke Barcelona.

Pemain termahal dunia itu diejek dan dimaki oleh sebahagian penyokong PSG dalam saingan Ligue 1 menentang Strasbourg di Parc des Princes.

Ia seolah-olah menjadi satu-satunya cerita di sepanjang perlawanan itu sehingga permainan memasuki dua minit masa kecederaan, di mana kedudukan masih 0-0, bintang Brazil itu menyudahkan hantaran lintang Abdou Diallo dengan sepakan akrobatik sekali gus mengesahkan kemenangan PSG.

Ia adalah gol yang luar biasa dan satu peringatan kenapa PSG sanggup membayar rekod 222 juta euro untuk menandatangani Neymar pada 2017. Kemenangan itu juga meletakkan mereka dua mata di depan Rennes di persada Ligue.

“Saya sudah menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan para penyokong, dengan PSG sebagai sebuah kelab. Semua orang tahu bahawa saya mahu pergi. Saya tidak mahu memberikan lebih banyak butiran apa yang telah terjadi,” katanya selepas perlawanan.

Sudah tiba masanya menukar halaman baharu. Hari ini saya adalah pemain PSG dan saya akan memberikan segala-galanya di atas padang.”

Dia tidak beraksi untuk kelabnya sejak Mei dan diketepikan daripada empat perlawanan liga musim ini disebabkan masa depannya yang masih kabur. – AFP

Neymar meraikan jaringannya sekali gus memberikan kemenangan 1-0 kepada PSG ketika menentang Strasbourg. – AFP