Neymar kritik PSG

DORTMUND, 19 FEB – Neymar meluahkan rasa kecewa dengan mengkritik pasukannya, Paris Saint-Germain, mengenai cara pengendalian kecederaan beliau selepas menjaringkan gol ketika kekalahan 2-1 ke atas Borussia Dortmund, yang mana membuatkan kelab Perancis tersebut di ambang penyingkiran dari Liga Juara-juara.

Setelah terlepas empat perlawanan dengan kecederaan tulang rusuk, pemain bintang Brazil tersebut nampak kurang cergas ketika perlawanan Selasa lalu di pusingan pertama kalah mati ke atas Dortmund.

Penyerang yang meningkat naik, Erling Braut Haaland berjaya mencetak dua jaringan gol dan meletakkan beliau di kedudukan penjaring terbanyak bersama di Liga Juara-Juara, tetapi Neymar memberikan sedikit harapan kepada PSG dengan satu jaringan untuk perlawanan seterusnya di Paris, 11 Mac nanti.

Jaringan Neymar tersebut pastinya jaringan yang penting untuk PSG di pusingan timbal balik setelah dibantu oleh penyerang Perancis Kylian Mbappe pada separuh masa kedua.

“Ia susah untuk tidak bermain selama empat perlawanan,” Neymar memberitahu,

“Malangnya ia bukan lah pilihan saya, ia adalah pilihan kelab ini, dan doktor yang membuat keputusan, yang mana saya tidak menyukainya.

“Kami banyak berbincang kerana saya ingin bermain dan saya rasa cergas, tetapi pihak kelab merasa takut dan akhirnya saya yang terseksa.”

Kelab kaya PSG terdesak untuk mengelak dari disingkirkan dari Liga Juara-juara pada pusingan kalah mati buat empat musim berturut-turut. – AFP

Reaksi Neymar selepas menjaringkan gol ketika menentang Borussia Dortmund Selasa lalu. – AP