Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Neymar, Messi bersatu belasah Nantes

    TEL AVIV, 1 OGOS – Neymar meledakkan dua gol manakala Lionel Messi juga berjaya mencipta kejayaan sebagai penjaring gol ketika Paris Saint-Germain menewaskan Nantes 4-0 dalam aksi Trofi Juara-Juara di Tel Aviv semalam pada perlawanan pertama Christophe Galtier menjadi jurulatih baharu kelab itu.

    Selepas musim pertama yang hambar dalam bola sepak Perancis, Messi menjaringkan gol 22 minit selepas perlawanan yang membuka tirai kejohanan di Israel buat tahun kedua berturut-turut.

    Neymar, dengan masa depan di kelab telah menjadi sumber spekulasi pada musim panas ini, meletakkan PSG terus di depan sejurus sebelum rehat menerusi sepakan percuma yang menakjubkan.

    Sergio Ramos menambah gol ketiga dan Neymar meledakkan gol keduanya dalam perlawanan itu apabila menyempurnakan penalti sekali gus menyaksikan PSG yang juga juara bertahan Ligue 1 meraih kemenangan ke atas pemenang Piala Perancis musim lalu.

    “Ia perlawanan yang bagus. Terdapat trofi yang ditawarkan dan kami mahukan kemenangan,” kata Neymar yang menamatkan khabar angin mengenai pemergiannya dari kelab.

    Pemain Paris Saint-Germain Sergio Ramos merai bersama Neymar gol ketiga perlawanan di antara PSG dan Nantes di Stadium Bloomfield di Tel Aviv pada 31 Julai 2022. – AFP

    “Jika Kylian (Mbappe), Leo dan saya berasa gembira, kami akan melakukannya dengan baik,” katanya.

    “Saya harap musim ini kami bertiga akan kekal dan segala-galanya akan berjalan lancar.”

    Ia adalah kali kesembilan dalam 10 musim PSG menjulang Trofi Juara-Juara.

    Mereka tewas 0-1 kepada Lille di tempat yang sama tahun lalu.

    PSG memulakan kempen mereka untuk merebut rekod kejuaraan liga Perancis ke-11 di tempat lawan ke Clermont pada 6 Ogos.

    Galtier menjadi pengurus PSG yang ketujuh sejak diambil alih oleh Qatar pada 2011 dengan kontrak dua tahun pada awal Julai lalu bagi menggantikan Mauricio Pochettino.

    Kelab itu memenangi pertarungan dengan Real Madrid pada Mei untuk memujuk Kylian Mbappe supaya kekal di kelab, namun Galtier tidak mempunyai bintang Perancis itu untuk perlawanan pertamanya disebabkan penggantungan.

    Pablo Sarabia, dipinjam di Sporting Lisbon penggal lalu, mengganti tempat Mbappe dalam barisan penyerang bersama Messi dan Neymar, sementara pemain tengah Portugal Vitinha membuat penampilan pertamanya berikutan ketibaannya dari Porto. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...