Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Neymar semakin hampir kejar rekod gol Pele

    SEOUL, 3 JUN – Neymar telah menjaringkan dua gol penalti untuk mengejarkan rekod gol Pele untuk pasukan Brazil ketika mereka memberi amaran kepada pesaing Piala Dunia dengan membelasah Korea Selatan 5-1, kelmarin,

    Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut telah menjaringkan gol ke-72 dan ke-73 untuk negaranya sekali gus merapatkan jurang dengan rekod pemain legenda, Pele yang berjaya menjaringkan 77 gol untuk pasukan kebangsaan Brazil.

    Semasa perlawanan itu, Neymar ternyata lebih menyerlah berbanding kapten Korea Selatan, Son Heung-min dengan serangan hebat dipamerkan oleh pasukan Brazil di hadapan 65,000 penyokong di Stadium Piala Dunia Seoul.

    Walaupun Neymar pada mulanya belum disahkan turun beraksi selepas kecederaan pada kaki kanannya semasa sesi latihan pada Rabu lalu. Namun, dia berjaya mencuri perhatian ramai dalam perlawanan tersebut dengan Richarlison, Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus, kesemuanya turut menjaringkan gol.

    Sementara itu, Brazil, berada di ranking nombor satu dalam senarai ranking FIFA, menurunkan pemain terkuat mereka dan dilihat berbahaya dari permulaan separuh masa kedua. Thiago Silva menanduk masuk bola tetapi jaringan tersebut dinafikan kerana keputusan pengadil menyatakan ia adalah ofsaid.

    Aksi Neymar mengawal bola untuk melepasi pemain Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan antara Korea Selatan dan Brazil di Stadium Piala Dunia Seoul. – AFP

    Tetapi pasukan Brazil menggunakan kelebihan daripada pertahanan lemah Korea Selatan untuk mendahului pada minit ketujuh.

    Alex Sandro yang dibiarkan tanpa dikawal oleh pihak lawan telah meluru ke gawang dan membuat hantaran kepada Fred agar dapat melakukan jaringan pada jarak dekat.

    Walau bagaimanapun, pemain tengah Manchester United tersebut tersasar tapi bernasib baik kerana bola tersebut berjaya disambut oleh Richarlison, tetapi malangnya percubaannya itu berjaya ditepis oleh penjaga gol, Kim Seung-gyu.

    Sementara itu, Hwang Ui-jo menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah melalui penyudah kemas selepas setengah jam perlawanan berlangsung.

    Tetapi kedudukan gol tersebut berjaya dikejar oleh Brazil pada minit ke-42. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...