Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neymar wira PSG, tempah tempat ke suku akhir

    PARIS, 12 MAC – Pemain Paris Saint-Germain meraikan kemenangan bersama penyokong di luar stadium selepas Neymar membantu PSG menewaskan Borussia Dortmund dengan kemenangan 2-0 ketika perlawanan berlangsung di stadium tertutup semalam, sekali gus membawa mereka mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 3-2.

    PSG ketinggalan 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama mereka di Jerman, tetapi tandukan Neymar pada minit ke-28 membantu meletakkan pasukannya berada di depan pada perlawanan pusingan kedua tanpa kehadiran penyokong dan mereka hanya berkumpul di luar Stadium Parc des Princes.

    Sementara itu, jaringan kedua oleh Juan Bernat melalui hantaran Pablo Sarabia menjadikan kedudukan 2-0 buat PSG.

    Kylian Mbappe hanya diturunkan sebagai pemain gantian dan berjaya melangkah ke suku akhir bersama PSG buat pertama kali sejak 2016. Dortmund semalam terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Emre Can dilayangkan kad merah.

    Perlawanan berlangsung di stadium tertutup selepas kerajaan Perancis mengeluarkan larangan semua perhimpunan lebih daripada 1,000 orang kerana pandemik koronavirus tersebut, tetapi ramai yang masih datang dan berada di luar stadium.

    Presiden Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Alejandro Dominguez, semasa sidang media untuk Piala Dunia 2022 FIFA Qatar di Luque, Paraguay, pada 11 Mac. – AFP

    Para penyokong PSG bersorak ketika bas pasukan mereka tiba sebelum perlawanan dan memasang bunga api sepanjang perlawanan itu berlangsung.

    Pemain PSG bergegas keluar ke belakang stadium untuk meraikan kemenangan bersama peminat selepas tiga kali berturut-turut mereka tersingkir di kejohanan tersebut pada pusingan kalah mati sebelum ini.

    “Kami bermain sebagai satu pasukan dan saya gembira menjadi jurulatih mereka malam ini,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

    “Ia memerlukan usaha yang cukup besar dari kami, bermain tanpa penonton menjadikannya lebih sukar.”

    Neymar dilihat menangis selepas perlawanan itu, setelah beberapa kali kecewa dalam pertandingan itu dalam tempoh dua tahun terakhir, dengan kecederaan menghalangnya daripada bermain di pusingan kedua menentang Real Madrid pada 2018 dan kedua-dua perlawanan menentang Manchester United musim lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda