NFABD anjur mesyuarat perjumpaan kali ke-3

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Perbincangan bagi mengembangkan hala tuju sukan bola sepak di negara ini merupakan antara agenda yang diketengahkan semasa mesyuarat perjumpaan Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) kali ke-3 bagi penggal 2019-2023 yang diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut di Kuala Belait baru-baru ini.

Menurut kenyataan NFABD, selain daripada pembangunan bola sepak, mereka turut membincangkan panduan bagi jurulatih tempatan dan pembantu kelab bola sepak serta mengenai pengurusan dan penyata kewangan, yang telah menunjukkan perolehan positif.

Mesyuarat perjumpaan terdahulu telah diadakan di Dewan Muafakat di Dearah Temburong pada bulan Jun lalu.

Selain daripada mesyuarat perjumpaan, badan pengurusan bola sepak di negara ini telah mengadakan acara sebut harga secara terbuka bagi projek-projek infrastruktur di bawah Program Ke hadapan 1.0 FIFA.

Program tersebut merupakan inisiatif FIFA untuk menyokong dan membangunkan bola sepak di seluruh dunia menerusi pelaburan dan perundingan.

Presiden NFABD, Pengiran Matusin bin Pengiran Haji Matasan bergambar ramai pada majlis tersebut.

Projek-projek infrastruktur termasuk grandstan mini termasuk dinding penahan, mengembangkan padang tiruan NFABD dan pusat teknikal sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan teknikal NFABD.

Semasa acara tersebut, dokumen tender telah dibukakan di hadapan anggota jawatankuasa kewangan persatuan bersama wakil-wakil daripada FIFA dari pejabat FIFA di Kuala Lumpur sebagai pemerhati secara maya.

Dengan kejohanan bola sepak masih digantung, badan pengurusan bola sepak di negara ini sedang aktif menganjurkan acara termasuk kursus secara maya mengenai perubahan yang telah dilaksanakan dalam Undang-undang Permainan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

Musim Liga Super Brunei (BSL) ketika ini digantung sejak bulan Mac, akan tetapi pasukan bola sepak dibenarkan untuk mengadakan latihan secara berkumpulan tidak melebihi 15 orang menerusi garis panduan yang telah disemak semula dalam pelan de-escalation.

Sukan berpasukan termasuk sukan bola sepak kini mengadakan latihan menggunakan bola sebagai peralatan yang boleh dikongsikan kini telah dibenarkan tetapi dengan sentuhan yang minimal.

Walau bagaimanapun, menganjurkan acara sukan atau perlawanan masih belum dibenarkan dalam fasa ini.

Sebelum ini, kelab bola sepak tempatan hanya dibenarkan untuk menggunakan peralatan latihan seperti tangga dan tiang bendera dengan jumlah kumpulan yang kecil.