Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) akan menganjurkan Kursus Asas Pengadil Bolasepak Kelas 3 yang akan diadakan selama empat hari iaitu pada tiap-tiap hari Jumaat dan Ahad mulai 20 hingga 29 Julai depan.
Sementara itu, NFABD turut akan menganjurkan Kursus Asas Pengadil Futsal selama tiga hari iaitu pada tiap-tiap hari Jumaat dan Ahad mulai 6 hingga 13 Julai depan. Kedua-dua kursus tersebut adalah dibukakan kepada warganegara Brunei Darussalam dan penduduk tetap bagi lelaki sahaja dan setiap penyertaan akan dikenakan bayaran.
Borang permohonan bagi menyertai kursus berkenaan boleh didapati dari NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, Bandar Seri Begawan bermula jam 9 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Sabtu dan Ahad.
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjur khususnya kepada Jabatan Pengadil bagi Kursus.
Tarikh tutup penyertaan bagi Kursus Asas Pengadil Bolasepak Kelas 3 ialah pada 19 Julai, manakala hari terakhir bagi menghantar borang penyertaan bagi Kursus Asas Pengadil Futsal ialah pada 5 Julai.