Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Nia Ramadhani akhirnya jawab dakwaan bakal bercerai

    Pernah dikhabarkan bakal bercerai sekitar Mac lalu, pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut.

    Memetik laporan Liputan6, Nia meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan suami iaitu Ardi Bakrie semakin erat selepas terlibat dengan kes dadah.

    Malah, dia juga membantu suaminya dalam menguruskan sebuah pertandingan seni mempertahankan diri.

    “Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan.

    “Malah, sekarang saya bantu Ardi menguruskan pertandingan One Pride MMA,” katanya.

    Sekitar Mac lalu, rumah tangga Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun dikhabarkan sedang bermasalah. Seperti dipetik KapanLagi, Nia didakwa bakal memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya biarpun kedua-dua mereka kini berada di pusat pemulihan akibat penyalahgunaan dadah.

    Dalam pada itu, suami Nia iaitu Ardi turut berasa bangga mempunyai seorang isteri yang bukan sahaja menyokong malah membantunya dalam menguruskan perniagaan. – Agensi

    Nia dan suami nafi rumah tangga bermasalah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...