Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nia Ramadhani ambil dadah kerana sedih bapa meninggal

    Pelakon Indonesia Nia Ramadhani yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah memberi alasan mengambil barang terlarang itu kerana berasa sedih ayahnya meninggal dunia pada 2014.

    Perkara itu diberitahu Nia ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat bersama dua tertuduh lain iaitu suaminya Anindra Ardiansyah Bakrie dan pemandunya Zen Vivanto pada Khamis lalu.Nia berkata, dia tidak pernah menceritakan betapa dirinya berasa kehilangan selepas pemergian bapanya itu.

    “Pada awal 2014 bapa saya meninggal dunia dan saat itu saya berjumpa dia baru tiga tahun sebelum dia meninggal.

    “Pada saat itu sampai April 2021 saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun bahawa saya benar-benar rasa kehilangan,” ujarnya di hadapan hakim.

    Pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah ini memberitahu dia pernah cuba menceritakan kesedihan itu kepada temannya, namun dinasihatkan tidak perlu bersedih.

    Kata Nia, temannya berkata ramai lagi orang lain yang ingin hidup mewah seperti yang dilaluinya.

    “Nia malulah untuk sedih kerana hidup kamu itu banyak yang mahu, kamu patut bersyukur. Dia kata saya tak patut bersedih,” ujar Nia menceritakan nasihat temannya itu.

    Kata Nia, dia berasa sedih dan menganggap dirinya seolah-olah sudah disumpah tidak boleh berasa sedih dan harus sentiasa kelihatan gembira. – Agensi

    Nia Ramadhani yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah memberi alasan mengambil barang terlarang itu kerana berasa sedih ayahnya meninggal dunia pada 2014. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda