Nia Ramadhani kini rajin ikuti kelas agama dan kaunseling

Empat bulan menjalani rawatan dan pemulihan dadah di daerah Bogor, Jawa Barat Indonesia, keadaan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie kini semakin baik.

Menurut peguam mereka, Wa Ode Nurzaenah, berkata, Nia berada dalam keadaan sihat dan semakin cantik.

“Saya baru sahaja bertemu mereka berdua, semakin baik, bagus dan segar nampaknya,” kata Wa Ode.

“Nia badannya juga bagus, semakin cantik. Alhamdulillah sihat sahaja mereka,” tambahnya.

Selain itu, dia juga memberitahu pasangan itu rajin bersenam dan menghadiri sesi kaunseling dan kelas agama.

“Kegiatan rohani, kaunseling dengan ustaz itu sering mereka lakukan dan banyak sekali hal-hal positif yang mereka dapat,” lanjutnya.

Tambahnya lagi pasangan itu sudah bersedia untuk kembali kepada keluarga dan masyarakat.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu.

Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai dadah jenis syabu dengan berat 0.78 gram. – Agensi

Setelah empat bulan menjalani rawatan dan pemulihan dadah, Nia Ramadhani dan suami dilihat semakin sihat dan bertambah baik. – Agensi