Niall Horan derma RM480,000 kepada badan amal

Penyanyi Niall Horan turut berbesar hati memberi sumbangan sebanyak AS$100,000 atau RM480,000 kepada salah sebuah badan amal di Ireland baru-baru ini.

Menurut laporan Aceshowbiz, sumbangan tersebut diserahkan kepada badan amal dikenali sebagai Alone yang membantu warga tua dalam menghadapi pandemik penularan wabak COVID-19.

“Melalui perbincangan yang dibuat dengan kerajaan Ireland dan HSE mengenai sokongan kritikal yang diperlukan segera, saya terus memberi sumbangan ke sebuah badan amal.

“Saya dapat tahu bahawa Alone adalah badan amal yang melakukan kerja untuk menjaga orang-orang tua di seluruh negara.

“Dengan sokongan yang lebih besar, mereka akan dapat meraih lebih banyak lagi sumbangan khususnya dalam wabak COVID-19 ini,” ujarnya. – Agensi

Niall Horan memberikan sumbangan kepada badan amal yang dikenali sebagai Alone. – Agensi