Niall Horan peminat setia Rose Blackpink?

Penyanyi Niall Horan mula menjadi bahan bualan peminat apabila menjadi penonton setia sesi Instagram Live salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose.

Niall, 27, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan One Direction dilihat turut meninggalkan beberapa emoji di ruangan komen.

Lebih menarik, peminat mula mendakwa penyanyi yang terkenal dengan lagu Nice To Meet Ya ini sebagai peminat Rose.

“Niall Horan meninggalkan komen sebanyak dua kali serta tonton sesi Instagram Live Rose sehingga habis! Memang peminat Rose sejati.

“Wow Niall Horan tinggalkan emoji untuk tarik perhatian Rose,” tulis peminat di laman sosial. Dalam pada itu, nama Rose dan Niall menjadi trending gara-gara sesi Instagram tersebut.

Rose atau nama sebenarnya Roseanne Park, 23, juga sempat membuat beberapa jenaka dan menyantuni peminatnya menerusi sesi langsung tersebut yang dibuat baru-baru ini. – Agensi

Niall dilihat meninggalkan beberapa emoji di ruangan komen Instagram Rose Blackpink. – Agensi