Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Seorang lelaki yang sanggup mencuri empat jam tangan kerana ingin membayar balik wang bapanya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.
Muhd Najmi @ Nurul Haq Mohd Zinrozman, 20, mengaku salah mencuri dua jam tangan Garmin vivoactive 3 Black Slate dan dua lagi modal Garmin Fernix 5 Sapphire bernilai $3,069 dari kedai sukan di Kiulap dalam dua kejadian berasingan pada 14 Januari 2018 sekitar jam 10 pagi dan antara 2-3 Januari 2018.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn