Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Niat Putra Amaris bina rumah untuk asnaf tercapai

    Hasrat pelakon Putra Amaris untuk membina sebuah rumah untuk golongan asnaf bakal terlaksana pada bulan Ramadan akan datang.

    Amaris atau sebelum ini dikenali sebagai Amran Ismail berkata anggaran keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut sekitar RM80,000 hingga RM100,000 yang merupakan sumbangan daripada rakan-rakan serta beberapa pihak.

    Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur akan memilih sebuah keluarga asnaf yang sudah berada dalam senarai mereka.

    “Saya dah lama simpan niat nak buat rumah untuk golongan asnaf atau yang sangat memerlukan. Tapi kalau nak buat sendiri, memang tak mampu. Kebetulan rakan saya turut mempunyai hasrat yang sama. Alhamdulillah, tercetus la idea nak buat satu rumah untuk asnaf pada bulan Ramadan. Anggaran sebuah rumah untuk keseluruhan lebih kurang RM80,000 hingga RM100,000.

    “Insya-Allah projek rumah ini akan bermula pada 1 Ramadan selama lebih kurang 26 hingga 30 hari. Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.

    “Buat masa ini kami sudah ada data based untuk golongan asnaf. Kami akan pilih satu keluarga yang betul-betul memerlukan rumah. Pemilihan lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya kepada wartawan. Amaris ditemui ketika sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang diadakan di Hotel Eastin Kuala Lumpur, Petaling Jaya, pada Ahad.

    Dalam pada itu, Amaris memberitahu selain projek Rumah Baharu Asnaf, mereka juga mewujudkan sebuah program baharu iaitu Penuhkan Peti Ais yang menyasarkan lebih 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang. – Agensi

    Hasrat pelakon Putra Amaris untuk membina sebuah rumah untuk golongan asnaf bakal terlaksana pada bulan Ramadan akan datang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...