Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Dengan hasrat untuk menyemai amalan berkongsi rezeki lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini, Network Integrity Assurance
Technologies (NiAT) Sdn Bhd dengan kerjasama Society for Community Outreach & Training (SCOT) menerusi inisiatif Social Kitchen telah menyediakan 400 pek hidangan untuk golongan keluarga di sekitar Kampung Subok, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NiAT, hari ini, kakitangan NiAT bersama ahli SCOT telah menyediakan dan membungkus hidangan sebelum diagih-agihkan ke kediaman-kediaman ahli keluarga yang terpilih.
Melalui tanggungjawab sosial korporat, NiAT gembira dalam menyahut cabaran demi sama-sama mencapai matlamat inisiatif Social Kitchen SCOT berkenaan bagi menyasarkan #4000mealschallenge untuk diagihkan sepanjang Ramadan dengan menyediakan hidangan diselajurkan sesi pengagihan kepada komuniti-komuniti sosioekonomi rendah bukan hanya terdiri daripada golongan keluarga tertentu bahkan juga pekerja-pekerja asing di negara
ini.
