Nic terima sumbangan makanan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TUTONG, 16 APRIL – Borneo Middle East Trading Co (BMETCo) telah menyumbangkan makanan dan minuman kesihatan import mereka kepada Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Tutong sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka kepada kakitangan perubatan barisan hadapan yang bertugas menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sumbangan diserahkan oleh Pengurus BMETCo, Pengiran Emran Ahmad kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, Awang Abdul Muiz bin Haji Ibrahim.

Sumbangan yang disam-paikan berupa minuman REALMIX Premium Energy Drinks, REALMIX Lemongrass, REALMIX Cranberry Juice dam Pa-Krob Crispy Fish Chips dan Eattini Toasted Coconut Chips.

REALMIX Premium Energy Drinks adalah minuman yang diharapkan dapat memberi tenaga kepada para petugas barisan hadapan yang bekerja dalam waktu panjang, sementara itu Pa-Krob Crispy Fish Chips dihasilkan 100 peratus daripada isi ikan segar penuh nutrisi dan Eattini Toasted Coconut Chips pula mengandungi isi kelapa yang dilengkapi dengan antioksidan.

Pengiran Emran ketika menyampaikan sumbangan kepada Awang Abdul Muiz pada majlis yang diadakan di Hospital PMMPMHAMB, Tutong, kelmarin.