Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicaragua: Rakyat AS terbunuh

    MASAYA, 3 Jun – Penunjuk perasaan Nicaragua melancarkan mortar buatan sendiri ke atas pihak polis kelmarin dalam satu siri pertikaian yang menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut termasuk warga-negara Amerika Syarikat (AS) sementara pihak pembangkang memperbaharui tuntutan bagi peletakan jawatan Presiden Daniel Ortega.

    Tetapi Ortega, individu yang menguasai politik negara Amerika Tengah itu untuk tempoh empat dekad, menyebabkan keadaan semakin buruk, mengecam bantahan anti-kerajaan yang berlarutan selama tujuh minggu dan menyebabkan lebih 100 orang mati sekali gus situasi keganasan semakin memuncak.

    Di bandar Masaya, yang dulunya kubu kuat pergerakan Sandinista, penduduk setempat meletakkan penghadang untuk menghalang polis perusuh dan melindungi diri mereka daripada apa mereka katakan bahawa penembak hendap berada di sekitar kejiranan itu.

    Sementara itu, lima orang maut di bandar itu termasuk remaja berusia 15 tahun, menurut Persekutuan Pelindungan Hak Asasi Manusia Nicaragua (ANPDH).

    Penunjuk perasaan berlindung di belakang penghadang semasa pertempuran dengan polis perusuh di kawasan Monimbo, Masaya. Jumlah kematian meningkat termasuk rakyat AS maut di bandar Managua. – AFP

    “Pertumpahan darah di Masaya menyebabkan timbulnya hari berduka cita bagi rakyat yang mahu menunjukkan hak mereka dengan membantah,” kata ketua kumpulan hak asasi, Alvaro Leiva kepada AFP.

    “Kita berdepan dengan situasi krisis yang tegang dalam konteks pencabulan hak asasi manusia.”

    Pegawai perisik polis juga antara mangsa yang terbunuh, katanya. Dalam situasi berasingan, Duta AS, Laura Dogu berkata warganegara AS telah terbunuh di bandar Managua.

    ANPDH mengenalpasti lelaki itu sebagai Sixto Henry Viera dan telah dibunuh oleh kumpulan prokerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda