Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Bagi menyahut pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri bagi insurans perubatan perjalanan dengan liputan COVID-19 yang kini diperlukan bagi mereka yang berhasrat untuk mengembara masuk ke dalam atau ke luar Negara Brunei Darussalam, National Insurance Company Berhad (NICB) dengan serta-merta menawarkan Insurans Perjalanan COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, di sini, di samping pakej insurans perjalanan yang sedia ada, pengembara keluar negara juga boleh melanggan pelbagai pilihan Insurans Perjalanan COVID-19 mengikut keperluan perjalanan mereka tersendiri.
Pengembara ke dalam negara juga boleh melanggan liputan insurans COVID-19.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi terus NICB atau menghubungi rangkaian ejen NICB.
NICB merupakan salah sebuah syarikat insurans unggul di Brunei Darussalam yang menyediakan semua jenis produk insurans umum konvensional. Dengan pengalaman lebih 50 tahun, NICB dikenali dengan perkhidmatan cemerlang bagi pelanggan-pelanggannya.