NICB terapkan penggunaan kod QR BruHealth

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Sebagai tambahan kepada langkah-langkah pencegahan untuk menangani penularan COVID-19 di negara ini, National Insurance Company Berhad (NICB) telah menerapkan penggunaan kod QR BruHealth.

Penerapan tersebut adalah langkah terbaharu NICB sebagai sokongan untuk memudahkan pengesanan kontak yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, NICB juga turut menyediakan penutup mulut dan hidung untuk petugas barisan hadapan mereka, pemeriksaan suhu, penerapan penjarakan sosial dan penyediaan sanitasi tangan.