NICE, PERANCIS, 1 OKT – Nice telah menamatkan kontrak penyerangnya, Lamine Diaby (gambar bawah) Fadiga selepas mengakui mencuri jam tangan bernilai 70,000 euro (AS$76,500) daripada rakan sepasukan Kasper Dolberg gara-gara cemburu, kelab berkata pada Selasa.
“Kegagalan saya berbanding kejayaan dan aura Kasper begitu bertentangan. Saya mengecam beliau tanpa alasan, mungkin kerana cemburu,” Diaby Fadiga, 18, menulis di Twitter. Ketibaan pemain Denmark itu dari Ajax musim panas ini menyebabkan Diaby Fadiga diturunkan ke skuad bawah 19 tahun dan dia juga bergelut dengan kecederaan.
“Daripada bertarung di padang untuk memberikan saingan, saya bertindak dengan cara yang agak pengecut. Tindakan saya tidak didorong oleh tarikan wang tetapi oleh kepahitan, kekecewaan dan sangsi.”
Diaby Fadiga, pemain antarabangsa Perancis Bawah-18 Tahun itu mengakui mencuri minggu lalu tetapi meminta maaf kepada Dolberg dan berjanji untuk membayar jam tangan pemain antarabangsa Denmark itu.
“Selepas kecurian jam tangan Kasper Dolberg dari bilik persalinan pasukan profesional pertama dan kemasukan pemain seterusnya, kelab memutuskan untuk membatalkan kontrak pemain berusia 18 tahun itu dengan segera,” kata Nice dalam satu kenyataan. – AFP



































