Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicholas Burns duta AS ke China

    WASHINGTON, 17 DIS – Senat Amerika Syarikat semalam meluluskan Nicholas Burns sebagai duta baharu negara itu ke China.

    Senator memberikan undian 75-18 untuk mengesahkan diplomat veteran itu, yang akan mewakili AS berikutan hubungan antara kedua-dua negara berada pada tahap paling rendah, menurut Agensi Anadolu.

    Jawatan Duta AS tidak diisi sejak bekas duta Terry Branstad meninggalkan Beijing pada Oktober 2020 di bawah bekas Presiden Donald Trump.

    Burns dicalonkan oleh Presiden Joe Biden pada Ogos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda