Nick Jonas anggap Priyanka Chopra pasangan sempurna

Hampir tiga tahun bergelar suami, penyanyi, Nick Jonas mengakui dia berasa bangga kerana membuat keputusan untuk berkahwin dengan pelakon, Priyanka Chopra.

Menerusi laporan terbitan Hindustandtimes, Nick melahirkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan isterinya yang dianggap sebagai pasangan sempurna. “Sejujurnya perkahwinan merupakan satu keputusan yang sangat tepat yang pernah saya lakukan sepanjang hidup.

“Saya bersyukur kerana bertemu dengan pasangan yang sempurna,” kata Nick. Nick berkongsi perkara tersebut ketika mengadakan konsert bersama Jonas Brother baru-baru ini.

Untuk rekod, Nick mendirikan rumah tangga dengan Priyanka pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India. – Agensi

Nick Jonas mengakui dia berasa bangga kerana membuat keputusan untuk berkahwin dengan Priyanka Chopra. – Agensi