Friday, June 2, 2023
24.7 C
Brunei

    -

    Nick Jonas dan Priyanka Chopra tayang wajah anak pertama kali

    Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka iaitu Malti Marie Chopra Jonas yang kini berusia setahun.

    Daily Mail melaporkan Malti membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai ketika acara The Jonas Brothers menerima penghargaan di The Hollywood Walk of Fame pada Isnin lalu.

    Kemunculan Malti juga menandakan kali pertama pasangan selebriti itu membenarkan wajah anak mereka dilihat di tempat awam sejak dilahirkan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 100 hari kerana dilahirkan secara pra-matang.

    Untuk penampilan sulungnya itu, Malti menggayakan jaket dan skirt yang dipadankan dengan hiasan kepala.

    Dalam pada itu, Nick turut menyebut nama anak dan isteri sebagai tanda penghargaan ketika memberikan ucapan pada acara berkenaan.

    Priyanka memangku Malti di acara The Hollywood Walk of Fame. – Agensi

    “Malti Marie, saya tidak sabar untuk ke sini bersama kamu dalam 15 tahun lagi dan memalukan kamu dihadapan rakan-rakan kamu,” luahnya.

    “Untuk isteri saya yang cantik, saya gembira dapat mengahwini kamu dan kamu adalah anugerah terhebat yang saya miliki.

    “Saya bersyukur dapat menjadi bapa kepada anak kita,” tambahnya.

    Untuk rekod, Nick dan Priyanka mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

    Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira akan menyambut anak damit sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -