Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nick Jonas teruja pertama kali sambut hari bapa

    Penyanyi Nick Jonas berasa sangat teruja dapat menyambut Hari Bapa bersama anak perempuannya yang diberi nama Malti.

    Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu sambutan tersebut sangat istimewa buat Nick yang sudah lama menunggu untuk membawa pulang anaknya.

    “Sangat bermakna. Nick sangat teruja untuk menyambut hari bapa buat kali pertama, ia sesuatu yang besar untuk bapa baharu.

    “Apatah lagi, selepas menunggu lama untuk bawa Malti pulang ke rumah dan semua tekanan menjadikan ia sungguh bermakna apabila anak perempuannya berada di rumah pada hari istimewa.

    “Nick berkata, dia tidak akan minta hadiah yang lebih baik. Bukan sahaja Hari Bapa itu istimewa untuk Nick, tapi untuk bapanya dan juga bapa Priyanka,” kata sumber.

    Nick Jonas bersama isterinya, Priyanka. Nick Jonas meluahkan rasa teruja menyambut Hari Bapa dan akhirnya dapat membawa pulang anak perempuannya, Malti. – Agensi

    Pada Januari lalu, Priyanka dan Nick berkongsi berita gembira mereka menyambut anak sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.

    Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan anak damit berkenaan pada usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.

    Selepas 100 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), akhirnya pasangan selebriti terkenal itu teruja dapat membawa pulang anak perempuan mereka pada Mei lalu.

    Priyanka menerusi laman Instagram miliknya mengakui dia dan suami berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang beberapa bulan anak mereka yang lahir pra-matang menerima rawatan.

    Untuk rekod, Nick dan Priyanka yang berkahwin pada 1 Disember 2018 berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram masing-masing. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...