Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Nick, Priyanka enggan dedahkan wajah anak

    Walaupun menetap di Los Angeles, namun aktres Bollywood bertaraf antarabangsa, Priyanka Chopra tetap menyambut perayaan Diwali bersama suaminya, Nick Jonas.

    Bahkan, ia juga merupakan perayaan Diwali pertama Priyanka dan Nick bersama anak perempuan mereka, Malti Marie Chopra Jonas.

    Nick telah berkongsi beberapa gambar sambutan Diwali di kediaman mereka menerusi instagramnya.

    Malah, Nick turut memuat naik gambar mereka bersama Malti, namun wajah Malti tidak didedahkan, sebaliknya ia ditutupi emoji berbentuk hati.

    Priyanka mengenakan lehenga berwarna kuning cair dengan gabungan emas, manakala Nick pula mengenakan kurta pijama sutera rona yang sama. Si kecil Malti juga nampak comel mengenakan lehenga yang sedondon dengan ibunya.

    Mereka turut melakukan puja Diwali di sebuah bilik yang dihiasi dengan lilin dan bunga-bungaan. Sewaktu Priyanka melakukan puja Diwali itu, Malti duduk di atas ribanya. Malah, hujung jari Malti pula memegang jari bapanya, Nick.

    Nick turut menulis kapsyen, “Meraikan Diwali yang indah bersama. Selamat Hari Diwali semua.”

    Terdahulu, Priyanka, Nick dan ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra telah pun menyambut Diwali bersama-sama dengan menikmati makan malam di sebuah hotel. – Agensi

    Nick turut memuat naik gambar dia dan Priyanka bersama Malti, namun wajah Malti tidak didedahkan, sebaliknya ia ditutupi emoji berbentuk hati. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...