Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nick Shain juara perlumbaan Funduro

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Nick Shain muncul juara dalam perlumbaan Funduro Tasek Sarubing yang dianjurkan oleh Kingdom Rides and Adventure hari ini apabila berjaya menamatkan laluan dengan masa 11 minit 7 saat.

    Beliau yang diekori rapat pelumba negara, Jamri Johari yang hanya ketinggalan tujuh saat hari ini terpaksa akur berada di tempat kedua dengan catatan masa 11 minit 14 saat, sementara tampil di tempat ketiga ialah Alistair yang berjaya menamatkan laluan dengan masa 11 Minit 31 saat.

    Sementara itu hanya dua penyertaan wanita di dalam perlumbaan itu yang dikuasai oleh Jessica yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21 minit 1 saat, manakala tampil di tempat kedua ialah penunggang basikal tempatan, Liyana, yang menamatkan laluan 31 saat di belakang Jessica.

    Seramai 40 pelumba menyertai kejohanan yang pertama kali diadakan itu dan menurut wakil bercakap Kingdom Rides and Adventure, Jason, mengesahkan perlumbaan ini adalah percubaan yang baik kerana pihaknya berhasrat untuk menjadikan perlumbaan ini sebagai siri perlumbaan yang akan berakhir pada Oktober 2017 ini nanti.

    Sebahagian peserta yang menang dalam perlumbaan Funduro Tasek Sarubing.
    Sebahagian peserta yang menang dalam perlumbaan Funduro Tasek Sarubing.

    Menurutnya satu lagi perlumbaan akan dibuat sebelum bulan Ramadhan dan satu lagi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebelum perlumbaan kemuncak pada bulan Oktober 2017 nanti.

    “Pada saya perlumbaan seperti ini sememangnya masih baru namun mempunyai potensi yang tersendiri dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat perlumbaan basikal gunung yang lasak dan mencabar terutama di Litar Tasek Sarubing ini,” ujar Jason lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda