Nicki Minaj dijemput ke White House?

Penyanyi dan rapper antarabangsa, Nicki Minaj memberitahu bahawa beliau dijemput ke White House untuk membincangkan mengenai COVID-19 selepas mendakwa vaksin boleh menyebabkan mati pucuk.

Melalui laman twitter, Nicki menyatakan bahawa ia adalah langkah yang betul untuk membincangkan mengenai isu tersebut.

“White House telah menjemput saya dan saya fikir ianya adalah langkah yang betul. Ya, saya akan berpakaian serba pink seperti Legally Blonde supaya mereka tahu maksud saya. Saya akan mengemukakan soalan bagi pihak individu yang dipersenda kerana hanya menjadi manusia,” kongsi Nicki.

Walau bagaimanapun, menurut Fox News, seorang pegawai dari White House menafikan dakwaan Nicki kononnya dijemput secara peribadi ke sana, dan sebaliknya penyanyi itu hanya ditawarkan dengan panggilan telefon.

Sebelum ini, penyanyi lagu Starships itu menjadi tumpuan setelah memberitahu tidak menghadiri MET Gala 2021 kerana tetamu yang hadir harus mempunyai vaksin. Beliau menambah, tidak akan mendapat suntikan vaksin sehingga beliau sudah cukup membuat kajian. – Agensi

Nicki Minaj memberitahu bahawa beliau dijemput ke White House untuk membincangkan mengenai COVID-19 selepas mendakwa vaksin boleh menyebabkan mati pucuk. – Agensi