Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Nico ganti Vettel di GP Arab Saudi

    JEDDAH, ARAB SAUDI, 25 MAC – Nico Hulkenberg akan sekali lagi menggantikan pemandu Jerman, Sebastian Vettel pada Grand Prix Arab Saudi hujung minggu ini selepas juara dunia empat kali itu diuji positif COVID, kata Aston Martin hari ini.

    Semalam pasukan itu berkata Vettel masih belum didaftarkan selepas sakit dan tidak menyertai perlumbaan pembukaan musim hujung minggu lalu di Bahrain ketika pemandu simpanan, Hulkenberg mengambil alih dan menamatkan saingan di tangga ke-17.

    Menjelang latihan untuk perlumbaan Ahad ini di litar jalanan Jeddah, Aston Martin menerusi Twitter berkata Hulkenberg ‘akan menyertai sesi latihan, kelayakan dan berlumba’ bersama pemandu Kanada, Lance Stroll.

    “Walaupun kurang perbatuan bersama AMR22, Nico beraksi baik di Bahrain dan kami yakin dia akan melakukan perkara sama di Jeddah,” kata pasukan itu.

    “Kami menjangkakan Sebastian Vettel akan cergas untuk GP Australia.” – AFP

    Pemandu Aston Martin, Nico Hulkenberg semasa menghadiri sidang media sebelum perlumbaan Grand Prix Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...