Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Nicol harap Sivasangari tamatkan kemarau juara di Kejohanan Asia

    KUALA LUMPUR, 9 JUN – Legenda skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David hari ini berharap pemain skuasy wanita kebangsaan Malaysia, S Sivasangari mampu mengakhiri lapan tahun kemarau kejuaraan Kejohanan Skuasy Individu Asia di Hong Kong. 

    Juara dunia lapan kali itu berkata skuad kebangsaan yang dihantar pada kejohanan selama lima hari sejak 6 Jun lalu itu dibarisi pemain yang berpotensi dan mampu menamatkan penantian Malaysia selama lapan tahun.

    “Kita harap pemain dapat bermain dengan baik, the team (skuad negara) adalah pasukan kuat, mereka bermain dengan baik, setakat ini prestasi mereka baik.

    “Mereka mempamerkan aksi terbaik dan sudah mencapai ranking yang baik.

    “(Selepas ini) mereka perlu menyertai banyak kejohanan, jadi mereka tidak boleh berundur daripada kedudukan sekarang, itu keseluruhan yang mereka perlukan,” katanya kepada pemberita selepas program Nicol David di AIA Skuasy Klinik.

    Semalam, Sivasangari berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia selepas mengetepikan rakan senegara, Aifa Azman 12-10, 12-14,12-10, 11-7. 

    Sivasangari, 24, dijadual bertemu pilihan pertama kejohanan dari Jepun, Satomi Watanabe petang ini bagi menempah slot ke final. 

    Kali terakhir atlet wanita Malaysia menjuarai kejohanan dua kali setahun itu adalah pada 2015 menerusi Nicol, seterusnya memegang lapan kali gelaran kejohanan iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2011. 

    Sementara itu, bagi kategori lelaki, pemain utama Malaysia, Ng Eain Yow turut berpeluang mempertahankan gelaran selepas menewaskan rakan senegara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar 11-3, 11-4, 11-4 pada suku akhir semalam. – Bernama

    Nicol ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi beramah mesra bersama media dalam program Nicol David di AIA Skuasy Klinik, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...