Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nicola Peltz jawab isu hubungan keruh dengan mentua

    Sebelum ini pernah timbul khabar angin kononnya hubungan penyanyi Victoria Beckham dengan menantunya iaitu Nicola Peltz tidak baik.

    Cerita itu mula diperkatakan apabila ada mendakwa isteri kepada Brooklyn Beckham itu enggan memakai baju pilihan Victoria ketika hari perkahwinannya pada 9 April lalu. Menjelaskan hal tersebut, Nicola memberitahu terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis berkenaan.

    “Saya mahu pakai baju pilihannya, namun beberapa bulan sebelum majlis pereka tersebut tidak dapat menghasilkan rekaan tersebut. Jadi saya terpaksa memilih gaun pengantin lain.

    “Dia (Victoria) tidak menghalang saya untuk pakai baju pereka lain dan saya juga tidak pernah katakan enggan menyarungkan gaun pilihan tersebut,” jelasnya. Sementara itu dalam satu temubual bersama Variety, Brooklyn juga menyangkal dakwaan isteri dan ibunya tidak sekepala sejak awal mereka bertemu. – Agensi

    Nicola Peltz menjelaskan mengenai khabar angina kononnya hubungan beliau dengan mentuanya tidak baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...