Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nicolas digantung beraksi seumur hidup

    PARIS, 25 Mei – Pemain tenis dari Argentina, Nicolas Kicker berdepan dengan penggantungan seumur hidup selepas didapati bersalah menentukan keputusan dua pertandingan Challenger Tour, Unit Integriti Tenis mengumumkan semalam.

    Kicker, 25, didapati bersalah menentukan keputusan pertandingan dalam persaingan ATP Challenger di Padova, Itali, pada Jun 2015 dan satu lagi pertandingan di Baranquilla Challenger di Colombia pada September tahun tersebut. Dia juga didapati bersalah kerana gagal untuk melaporkan pendekatan korup dan tidak bekerjasama dengan penyiasat TIU terhadap dakwaan yang dibuat ke atasnya.

    “Setelah didapati bersalah terhadap semua dakwaan, dia akan menerima hukuman pada satu tarikh yang akan ditentukan oleh Pegawai Pendegaran Anti Rasuah Bebas (AHO), Jane Mulcahy,” kata TIU dalam satu kenyataan.

    “Maklumat lanjut mengenai keputusan terhadap hukuman tersebut akan diumumkan apabila diterima.”

    Kicker pada masa ini berada di kedudukan ke-84 dunia setelah mencatatkan kedudukan tertinggi kerjayanya 78 pada Jun 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda