Nie bimbing jeyaram jadi pegawai pendidikan khas

Jeyaram Kadivan merupakan seorang Pendidik Bersekutu Kanan (Pembelajaran & Sokongan Tingkah Laku) di Sekolah Menengah St. Gabriel dan merupakan lulusan ijazah sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Beliau mengongsikan pengalaman pembelajaran di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Singapura dan perjalanan kerjaya beliau.

Sebelum Jeyaram Kadivan memulakan kerjaya mengajar sebagai Pegawai Berkeperluan Khas yang kini dikenali sebagai Pendidik Bersekutu (Sokongan Pembelajaran & Sokongan Tingkah Laku) (AED – LBS) di Sekolah Menengah St Gabriel pada tahun 2007 setelah berjaya menamatkan program Diploma Pendidikan Khas (DISE) beliau di NIE.

Setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh universiti luar negara, beliau terdorong untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan kerja kursus di NIE yang akan membolehkan beliau mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan serta membantu dirinya menjadi seorang pendidik yang mahir yang seterusnya akan positif memberi manfaat kepada pelajarnya.

Sebagai pendidik, dia tahu bahawa ketika memulakan pengembangan profesional yang berterusan, dia akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan murid-muridnya dengan keperluan khas dan lebih berkekalan dalam menyokong sekolah agar terus relevan dan mengikuti perkembangan terkini dalam landskap pendidikan khas.

Faktor-faktor mendorong memilih NIE

NIE adalah salah satu daripada beberapa institusi akademik di Singapura yang menawarkan program ijazah sarjana dalam Pendidikan Khas dan merupakan institusi ternama yang mempunyai kepakaran dalam latihan dan pendidikan guru. Jeyaram Kadivan mengongsikan bahawa setelah menjalani program DISE, dia mula-mula mengalami pendidikan guru berkualiti yang banyak diperkatakan hari ini serta berinteraksi dengan ahli fakulti yang berpengetahuan dan berprestij mengenai program tersebut.

Beliau menyatakan bahawa mereka membawa pelbagai pengetahuan teori dan kemahiran penyelidikan ke bilik darjah yang memberinya peluang untuk memahami pengetahuan yang ada dalam bidang pendidikan khas serta menyumbang kepada pengetahuan itu melalui penyelidikan. Jeyaram juga menyedari bahawa NIE telah bekerjasama dengan universiti kelas satu di seluruh benua dengan visi yang jelas untuk menyediakan pendidikan guru berkualiti dengan program yang dikembangkan dengan baik dan pedagogi yang berpengalaman untuk memastikan bahawa kami, pendidik yang tetap relevan.

Ketika ditanya tentang program dan kursus ijazah sarjana pendidikan (Pendidikan Khas) yang paling disukai, beliau menyatakan terdapat dua kursus yang memberinya perspektif baharu adalah Intervensi Awal (oleh Dr. Kenneth Poon) dan Memahami Pelajar Berkemampuan Tinggi (oleh Dr. Rhoda Myra Graces-Bacsal).

Dalam kursus Intervensi Awal, beliau menyatakan bahawa mereka mengunjungi Prasekolah Sparkletots PCF di Ayer Rajah. Ini adalah salah satu contoh prasekolah yang melayani kanak-kanak dan kanak-kanak bekeperluan khas. Jelas Jeyaram, mereka juga berkesempatan mengunjungi Pusat Intervensi Awal AWWA yang memberikan sokongan yang lebih khusus dan holistik untuk anak damit dan kanak-kanak kecil (baharu lahir hingga enam tahun) dengan keperluan khas.

Jeyaram Kadivan merupakan seorang Pendidik Bersekutu Kanan (Pembelajaran dan Sokongan Tingkah Laku) di Sekolah Menengah St. Gabriel dan merupakan lulusan ijazah sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). – Gambar serahan NIE