Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Nigeria alu-alukan pelaburan China

    ABUJA, 12 SEPT – Menteri Industri, Perdagangan dan Pelaburan Nigeria, Otunba Adebayo berkata Nigeria menjalinkan kerjasama rapat dengan China dalam bidang pembinaan infrastruktur, ekonomi dan perdagangan dan mengalu-alukan syarikat di negara itu untuk melabur di Nigeria.

    “Kami mengalu-alukan syarikat China memanfaatkan peluang pelaburan yang disediakan kerajaan Nigeria untuk membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran serta membina zon ekonomi khas dan taman perindustrian.

    “Pelaburan itu menumpukan kepada sektor seperti pemprosesan terhadap produk seperti gula, minyak sawit dan kapas.

    “China mempunyai pengalaman profesional dalam bidang itu dan boleh dijadikan contoh,” katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) di Abuja baru-baru ini. Adebayo turut menyarankan pelabur China memanfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) untuk meneroka potensi pasaran di Nigeria dan negara-negara Afrika yang lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...