Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Nigeria bakal keluarkan wang kertas baharu

    MAIDUGURI, NIGERIA, 27 OKT – Nigeria kelmarin mengumumkan akan mengeluarkan wang kertas baharu berikutan pelbagai cabaran termasuk risiko pemalsuan dan penyorokan, lapor Agensi Anadolu.

    Gabenor Bank Negara Nigeria Godwin Emefiele berkata pada sidang media penyorokan dan pemalsuan wang kertas memberi kesan negatif kepada kestabilan ekonomi terbesar di Afrika itu.

    “Peningkatan kemudahan dan risiko pemalsuan terbukti hasil beberapa laporan keselamatan dan wang kertas yang disorok orang awam di luar bank perdagangan meningkatkan risiko terhadap kestabilan kewangan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...