ABUJA, 20 JAN – Nigeria akan menerima 100,000 dos vaksin Pfizer pada awal Februari, lapor agensi berita Xinhua.
Pihak berkuasa akan memastikan vaksin itu dapat diakses penduduk di luar bandar, kata ketua pengarah Agensi Pembangunan Penjagaan Kesihatan Negara (NPHDA) Faisal Shuaib semalam.
“Fokus utama ialah vaksin dapat diagih ke daerah paling terjejas,” katanya sambil menambah negara ini mempunyai cukup kapasiti untuk penyimpanan vaksin.
Menurut Shuaib, NPHDA sudah memiliki tiga peralatan Ultra Cold Chain (UCC). – Bernama






























