Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Nigeria bergelap, grid kuasa ditutup akibat protes

    ABUJA, NIGERIA, 18 OGOS – Pekerja elektrik yang protes telah menutup grid kuasa Nigeria kelmarin, menyebabkan lebih 200 juta rakyat negara Afrika Barat itu terpaksa bergelap selama beberapa jam.

    Syarikat Penjana kuasa Nigeria berkata, penutupan grid kuasa di seluruh negara bermula pada waktu petang selepas kesatuan sekerja mengadakan protss yang bertujuan membantah faedah yang tidak dibayar untuk bekas ahli dan isu lain yang berkaitan dengan keadaan pekerjaan.

    Selepas mesyuarat yang dijadualkan lewat kelmarin dengan Menteri Buruh dan wakil kerajaan yang lain, “kami menangguhkan protes,” kata ketua kesatuan, Joe Ajaero kepada AFP.

    Beliau berkata kerajaan meminta tempoh dua minggu untuk meneliti tuntutan mereka.

    “Operasi normal akan dipulihkan serta-merta. Tetapi jika selepas dua minggu tiada apa yang dilakukan kami akan meneruskan protes,” kata Ajaero.

    Di media sosial, ramai orang menyuarakan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap protes itu. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...