Nigeria terima 4 juta vaksin dari AS

ABUJA, 1 OGOS – Nigeria menerima empat juta dos vaksin Moderna COVID-19 dari Amerika Syarikat hari ini ketika negara Afrika Barat meningkatkan usaha untuk memerangi gelombang jangkitan ketiga.

Dos vaksin yang datang dalam dua pesawat, diterima oleh pegawai dari agensi kanak-kanak PBB UNICEF bagi pihak Nigeria di lapangan terbang di ibu kota Abuja, kata wartawan video AFP di sana.

Ini adalah kumpulan vaksin kedua yang tiba di negara terpadat di Afrika setelah empat juta dos diberikan pada bulan Mac di bawah skim Covax.

Covax dibentuk untuk memastikan pengedaran vaksin yang adil, terutama ke negara-negara berpendapatan rendah dan telah memberikan lebih dari 80 juta dos ke 129 wilayah.

Nigeria dengan sekitar 210 juta orang penduduk menggunakan empat juta dos vaksin AstraZeneca yang diterima pada bulan Mac lalu untuk memulakan kempen vaksinasi kebangsaannya. – AFP